26,050 kes baharu di Thailand

BANGKOK 25 Mac – Thailand merekodkan 26,050 kes baharu Covid-19, turun sedikit berbanding 27,024 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,477,030 kes.

Sebanyak 25,912 kes baharu melibatkan kalangan penduduk awam, 102 penghuni penjara dan 36 kes import termasuk dari Myanmar, Jerman, Hong Kong, United Kingdom, Turki, Kemboja, Israel, Perancis, Indonesia, Belgium dan Singapura.

Jumlah kes harian yang dilaporkan tidak termasuk 26,655 kes positif yang direkodkan hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam lalu yang jika digabungkan membawa kepada 52,705.

Angka kematian pula berkurangan kepada 69 berbanding 82 orang dilaporkan meninggal dunia semalam menjadikan jumlah keseluruhan 24,648 orang.

Kes kematian turut dilaporkan di Bangkok yang merekodkan 16 kematian, wilayah Timur Laut 13 kes, Selatan 14 dan Utara 6 kematian.

Sebanyak 244,111 orang menerima rawatan Covid-19 manakala 22,219 pesakit dilaporkan sembuh.

Related posts

Leave a Comment