756 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 25 Mac – Jumlah kes harian Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 756 kes berbanding 775 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 129,837.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, terapat sembilan kes dalam kategori 4 dan satu kes dalam kategori 5.

Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam, beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, 664 adalah hasil pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) yang dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth.

Sebanyak 92 kes lagi adalah daripada 1,448 Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh masa 24 jam yang lalu.

 Sementara itu, sebanyak 1,581 kes disahkan sembuh pada hari ini yang membawa kepada jumlah pesakit pulih sebanyak 120,561 manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 9,076.

 Kadar pengisian katil di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ pula adalah sebanyak 3.8 peratus dan sebanyak 139 kes aktif sedang menerima rawatan di Pusat-pusat Pengasingan dan hospital.

 Sebanyak 8,937 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Bagi Program Vaksinasi Kebangsaan setakat 24 Mac 2022, sebanyak 60.5 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment