36 peratus kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 23 Mac – Seramai 1,277,247 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 36 peratus daripada keseluruhan populasi kumpulan berkenaan di negara ini telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Semalam, seramai 4,625 lagi kanak-kanak mendapatkan vaksin itu melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Menurut laman web COVIDNOW, untuk tempoh sama seramai 2,846,114 remaja berusia 12 hingga 17 tahun atau 91.5 peratus daripada populasi kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi.

Manakala 374 lagi tampil mendapatkan dos pertama semalam menjadikan 2,943,587 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 20,308 orang lagi mendapatkan dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan 15,553,138 individu atau 66.1 peratus menerima dos penggalak Covid-19.

Bagi populasi dewasa juga, sebanyak 22,946,072 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi dan 23,222,133 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, selain dos penggalak, sebanyak 5,911 dos pertama dan 1,373 dos kedua diberikan menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,577,331.

Related posts

Leave a Comment