Bacalah MoU antara PH dan PM

PUTRAJAYA 22 Mac – Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu dilaksanakan tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen 2022, iaitu pada bulan ini, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng. Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai September lalu. “Dinyatakan dalam MoU secara hitam putih bahawa Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti hendaklah dilaksanakan tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen tahun 2022, iaitu pada mesyuarat Parlimen bulan Mac ini,” katanya. Dalam hantaran di Facebook, hari ini, Guan Eng berkata, akta berkenaan penting untuk menghapuskan…

Read More

Sarawak solat tanpa penjarakan fizikal

KUCHING 22 Mac – Solat Jumaat, fardu, sunat, khutbah dan wirid selepas solat dibenarkan tanpa penjarakan fizikal di semua surau dan masjid di Sarawak selaras Fasa Peralihan Endemik seluruh negara mulai 1 April ini. Dalam kenyataannya, Majlis Islam Sarawak (MIS) bagaimanapun mengingatkan di sebalik kelonggaran yang diberi, prosedur operasi standard (SOP) utama yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19 harus dipatuhi. Aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti pengajian, kuliah, ceramah, kursus, bengkel, tadarus, tahlil, berbuka puasa, moreh, qiamullail, sahur, iktikaf dan khatam al-Quran juga dibenarkan namun dengan pematuhan kepada SOP penjarakan…

Read More

Kit Siang dikompaun langgar SOP

PUTRAJAYA 22 Mac – Kementerian Kesihatan mengeluarkan kompaun kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengawalan wabak Covid-19. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di Twitter berkata, kompaun berkenaan dikeluarkan pada 20 Mac dan beliau turut menyertakan bukti kertas saman terhadap Kit Siang. Khairy membuat perkongsian itu sebagai reaksi selepas Ahli Parlimen Pekan Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa Kit Siang tidak didenda kerana berpelukan dengan ahli parti pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 yang berlangsung Ahad lepas. “Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM…

Read More

15.5 juta ambil dos penggalak Covid-19

PUTRAJAYA 22 Mac – Setakat semalam, jumlah penerima dos penggalak vaksin Covid-19 meningkat kepada 15,507,221 orang atau 65.9 peratus daripada populasi kumpulan dewasa di negara ini. Semalam sebanyak 21,861 orang tampil mendapatkan vaksin itu di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 22,944,111 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,220,067 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,844,722 individu atau 91.4 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala…

Read More

Malaysia catat 4 juta kes Covid-19

PUTRAJAYA 22 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara ini kini melepasi angka empat juta kes selepas 17,828 lagi kes baharu direkodkan semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,010,952 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 17,421 kes penularan tempatan direkodkan manakala 407 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sehingga kini, terdapat sejumlah 263,821 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dalam negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.7 peratus atau 255,133 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah. Ia diikuti 6,883 kes dirawat di…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 22 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.92 berbanding 0.93 kelmarin. Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih rendah manakala negeri-negeri lain melepasi angka 0.92. Hanya dua negeri melepasi kadar 1.00 iaitu Sarawak yang kekal dengan 1.03 diikuti Perak 1.01. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing merekodkan 0.99, Pulau Pinang 0.98, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.96, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing 0.95, Johor 0.93 dan Melaka 0.92. Pahang 0.90, Perlis 0.89, Kedah 0.88, Kelantan 0.83, Wilayah Persekutuan Labuan 0.76…

Read More

63 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 22 Mac –  Sejumlah 63 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan yang meninggal dunia di negara ini meningkat kepada 34,463 orang. Menurut laman sesawang COVIDNOW, negeri paling tinggi melaporkan kes kematian semalam adalah Johor dengan 14 kematian, diikuti Selangor 13 dan Perak 12. Kedah merekodkan empat kes kematian, masing-masing tiga di Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur, masing-masing dua di Melaka, Sabah dan Terengganu, satu kes masing-masing di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Labuan. Daripada jumlah kes kematian direkodkan semalam terdapat 21 kes kematian di luar…

Read More