15.5 juta ambil dos penggalak Covid-19

PUTRAJAYA 22 Mac – Setakat semalam, jumlah penerima dos penggalak vaksin Covid-19 meningkat kepada 15,507,221 orang atau 65.9 peratus daripada populasi kumpulan dewasa di negara ini.

Semalam sebanyak 21,861 orang tampil mendapatkan vaksin itu di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 22,944,111 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,220,067 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,844,722 individu atau 91.4 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,942,850 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, untuk populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,267,491 individu atau 35.7 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui PICK Kanak-kanak (PICKids).

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 28,360 dos diberikan meliputi 4,848 dos pertama; 1,651 dos kedua dan 21,861 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 68,515,709.

Related posts

Leave a Comment