Kadar kebolehjangkitan 0.92

PUTRAJAYA 22 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.92 berbanding 0.93 kelmarin.

Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih rendah manakala negeri-negeri lain melepasi angka 0.92.

Hanya dua negeri melepasi kadar 1.00 iaitu Sarawak yang kekal dengan 1.03 diikuti Perak 1.01.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing merekodkan 0.99, Pulau Pinang 0.98, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.96, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing 0.95, Johor 0.93 dan Melaka 0.92.

Pahang 0.90, Perlis 0.89, Kedah 0.88, Kelantan 0.83, Wilayah Persekutuan Labuan 0.76 dan Sabah 0.65.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment