Kadar kebolehjangkitan 0.93

PUTRAJAYA 21 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.93 berbanding  0.92 kelmarin.

Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih rendah manakala negeri-negeri lain melepasi angka 0.93.

Hanya tiga negeri melepasi 1.00 iaitu Sarawak dengan 1.03 diikuti Perak 1.02 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.00.

Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.99 diikuti Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor masing-masing 0.98, Melaka 0.95, Johor 0.94 dan Pahang 0.93.

Manakala Kedah 0.89, Kelantan 0.87, Perlis 0.87, Wilayah Persekutuan Labuan 0.74 dan Sabah 0.64.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment