15,483,571 ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 21 Mac – Sebanyak 1,263,287 individu atau 35.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, semalam seramai 8,708 kanak-kanak tampil mendapatkan vaksin itu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,843,805 individu atau 94.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksin mereka manakala 2,942,399 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sepanjang semalam, 587 remaja mendapatkan dos pertama manakala 578 lagi melengkapkan dos kedua.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 16,365 individu tampil mendapatkan dos penggalak  menjadikan jumlah keseluruhan 15,483,571 orang atau 65.8 peratus daripada populasi dewasa.

Pada masa yang sama setakat semalam, seramai 22,943,182 individu atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,219,105 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Secara keseluruhan,vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 27,330 dos diberikan meliputi 9,849 dos pertama; 1,116 dos kedua dan 16,365 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,484,635.

Related posts

Leave a Comment