Kes baharu Brunei Darussalam 1,393

BERAKAS 21 Mac – Brunei Darussalam melaporkan 1,393 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding 1,294 yang direkodkan semalam membawa kepada jumlah keseluruhan 126,109 kes. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Awang Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 1,215 adalah hasil daripada pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) yang dimuat naikkan ke aplikasi BruHealth. Sebanyak 178 adalah daripada hasil 1,551 Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh masa 24 jam yang lalu. Katanya tiga kematian direkodkan tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian Covid-19 manakala 11 kes dalam kategori 4…

Read More

Perlis rapat saf tanpa penjarakan fizikal

ARAU 21 Mac – Semua masjid dan surau rasmi di Perlis dibenarkan melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf tanpa perlu penjarakan fizikal antara jemaah mulai 1 April ini, serentak permulaan Fasa Peralihan Endemik. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelaksanaan itu mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Bagi kehadiran jemaah di surau dan masjid pula, semua individu termasuk kanak-kanak dibenarkan hadir untuk menunaikan solat dan menyertai aktiviti pengimarahan tanpa terikat dengan status vaksinasi. Bagaimanapun, pegawai masjid bertugas dan jemaah masjid kekal dilarang hadir ke…

Read More

Kes baharu Thailand 23,441

BANGKOK 21 Mac – Sebanyak 23,441 kes baharu dan 88 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 3,377,410 kes dan 24,330 orang meninggal dunia. Angka itu menunjukkan penurunan kes berbanding 24,996 semalam . Kes 88 kematian melibatkan individu berumur antara 17 dan 93 tahun termasuk pelawat dari luar negara dan juga Myanmar. Terdapat 23,357 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 46 penghuni penjara dan 38 kes import. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,870, diikuti Nakhon Si Thammarat 1,625, Chon Buri 1,128 , Samut Sakhon 908, Samut Prakan,…

Read More

10 calon Melayu, hanya seorang dipilih

DI MANA kedudukan orang Melayu dalam DAP ? Sebenarnya berapa keanggotaan Melayu bagi membuktikan DAP parti pelbagai kaum? Berapa cawangan ‘DAP Melayu’ yang boleh menjadi perwakilan? Persoalan ini timbul  berikutan keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi parti (JTP) DAP yang berlangsung semalam. Hampir 100 peratus keanggotaannya dikuasai oleh calon bukan Melayu. Calon Melayu tidak mendapat undi sewajarnya. Walaupun ada dalam kalangan Melayu ini wakil rakyat, tetapi belum mampu menjadi tiket untuk dipilih, sama seperti yang berlaku kepada calon bukan Melayu termasuk V. Sivakumar, Ngeh Koo Ham, Tony Pua Kiam Wee, Yeo Bee…

Read More

Omicron mula ganti Delta

PUTRAJAYA 21 Mac – Penduduk Malaysia perlu berwaspada dengan peningkatan penularan varian Omicron BA.2 dan penularan berpanjangan varian Delta yang berupaya mengakibatkan jangkitan lebih serius terutama dalam kalangan mereka yang tidak divaksinasi atau tidak menerima vaksin dos penggalak. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan menjangkakan besar kemungkinan varian Omicron sub-keturunan BA.2 kelak akan menjadi varian dominan di Malaysia. Beliau juga mengesahkan Omicron sudah mula menggantikan Delta sebagai varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia. Katanya, ia berdasarkan kajian dan survelan genomik berterusan yang dijalankan pihaknya…

Read More

Kes harian Covid-19 turun

PUTRAJAYA 21 Mac – Sejumlah 19,105 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, menunjukkan penurunan berbanding 22,341 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 3,993,124 direkodkan dalam negara . Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu itu, sebanyak 18,719 kes membabitkan penularan tempatan meliputi 18,046 warganegara (96.4 peratus) dan 673 bukan warganegara (3.6 peratus). Baki 386 lagi membabitkan kes import dengan 373 adalah rakyat Malaysia dan 13 warga asing. Daripada 19,105 kes harian dilaporkan semalam, sebanyak 8,267 kes atau 43.27 peratus dalam Kategori 1; diikuti Kategori 2…

Read More

15,483,571 ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 21 Mac – Sebanyak 1,263,287 individu atau 35.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, semalam seramai 8,708 kanak-kanak tampil mendapatkan vaksin itu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,843,805 individu atau 94.6 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksin mereka manakala 2,942,399 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sepanjang semalam, 587 remaja mendapatkan dos pertama manakala 578 lagi melengkapkan dos…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.93

PUTRAJAYA 21 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.93 berbanding  0.92 kelmarin. Lima negeri mencatatkan kadar yang lebih rendah manakala negeri-negeri lain melepasi angka 0.93. Hanya tiga negeri melepasi 1.00 iaitu Sarawak dengan 1.03 diikuti Perak 1.02 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.00. Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 0.99 diikuti Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor masing-masing 0.98, Melaka 0.95, Johor 0.94 dan Pahang 0.93. Manakala Kedah 0.89, Kelantan 0.87, Perlis 0.87, Wilayah Persekutuan Labuan 0.74 dan Sabah…

Read More