Kes baharu Thailand 23,441

BANGKOK 21 Mac – Sebanyak 23,441 kes baharu dan 88 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 3,377,410 kes dan 24,330 orang meninggal dunia.

Angka itu menunjukkan penurunan kes berbanding 24,996 semalam .

Kes 88 kematian melibatkan individu berumur antara 17 dan 93 tahun termasuk pelawat dari luar negara dan juga Myanmar.

Terdapat 23,357 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 46 penghuni penjara dan 38 kes import.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,870, diikuti Nakhon Si Thammarat 1,625, Chon Buri 1,128 , Samut Sakhon 908, Samut Prakan, 865, Rayong 737, Phatthalung 547, Songkhla 533 , Chachoengsao 524 dan Ratchaburi 519.

Sebanyak 3,112,737 kes dilaporkan sembuh setakat hari ini termasuk 23,153 yang pulih hari ini.

Related posts

Leave a Comment