‘Top Five’ UMNO bincang PRU-15

KUALA LUMPUR 20 Mac – Naib Presiden UMNO,  Ismail Sabri Ismail Yaakob berkata, keputusan berkaitan cadangan untuk membubarkan Parlimen akan dibincangkan dalam kalangan lima pimpinan tertinggi atau ‘Top Five’ UMNO. Beliau berkata, ia juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.  “Saya akan bawa kepada ‘Top Five’ untuk membincangkan perkara ini. Selepas ‘Top Five’ kita akan bawa dalam MKT untuk bincang bersama-sama. “Kita mahu BN jadi parti dominan semula. Jadi kalau kita yakin dengan kemenangan, kita tidak akan tunggu walau…

Read More

1,465 kes baharu Covid-19 Brunei

BERAKAS 19 Mac – Brunei Darussalam merekodkan dua lagi kematian hari ini tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah yang meninggal dunia kekal 87 orang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, sebanyak 11 kes berada dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II, berkata, sebanyak enam kes lagi dalam Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di…

Read More

24,241 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 19 Mac – Sebanyak 185 kes atau 0.76 peratus daripada 24,241 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga hingga lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata baki 24,056 kes pula terdiri daripada kategori satu dan dua, menjadikan kumulatif kes Covid-19 dalam negara sebanyak 3,951,678. Daripada 185 kes kategori tiga hingga lima, 60 kes melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, 71 kes telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak dan 54 kes telah menerima dos penggalak. Dalam kenyataan mengenai situasi semasa kes Covid-19, beliau berkata,…

Read More

15,425,524 ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 19 Mac – Sebanyak 20,436 lagi individu tampil mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 15,425,524 orang atau 65.6 peratus daripada populasi dewasa. Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, semalam 742 orang daripada populasi dewasa mendapatkan dos kedua menjadikan sejumlah 25,782,213 atau 97.5 peratus melengkapkan vaksinasi mereka. Pada masa yang sama, 633 mendapatkan dos pertama menjadikan 23,216,630 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,221,990 individu atau 34.4 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui…

Read More