15,425,524 ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 19 Mac – Sebanyak 20,436 lagi individu tampil mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu meningkat kepada 15,425,524 orang atau 65.6 peratus daripada populasi dewasa.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, semalam 742 orang daripada populasi dewasa mendapatkan dos kedua menjadikan sejumlah 25,782,213 atau 97.5 peratus melengkapkan vaksinasi mereka.

Pada masa yang sama, 633 mendapatkan dos pertama menjadikan 23,216,630 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,221,990 individu atau 34.4 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Semalam, 16,876 orang kanak-kanak tampil mendapatkan suntikan dos berkenaan.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,841,412 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,940,403 atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 46,039 dos diberikan meliputi 13,256 dos pertama; 2,166 dos kedua dan 30,617 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,376,641.

Related posts

Leave a Comment