1,465 kes baharu Covid-19 Brunei

BERAKAS 19 Mac – Brunei Darussalam merekodkan dua lagi kematian hari ini tetapi tidak dikategorikan sebagai kematian akibat jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah yang meninggal dunia kekal 87 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr.  Mohd. Amin Liew Abdullah berkata, sebanyak 11 kes berada dalam kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II, berkata, sebanyak enam kes lagi dalam Kategori 5, yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata, sebanyak 1,465 kes baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 123,422.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,244 adalah hasil pengesanan daripada ujian ART manakala 221 kes lagi adalah hasil daripada 1,814 ujian makmal RT-PCR dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 3,061 kes sembuh dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah kes pulih 108,819 manakala jumlah kes aktif sebanyak 14,423.

Pada masa ini , kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ adalah sebanyak 6.3 peratus dengan 215 kes aktif sedang menjalani rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital.

Katanya, sebanyak 14,208 kes positif sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, sehingga 18 Mac, sebanyak 59.4 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini menerima tiga dos vaksin, manakala kadar satu dan dua dos masing-masing melebihi 94 peratus.

Related posts

Leave a Comment