Kadar kebolehjangkitan 0.95

PUTRAJAYA 18 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah  0.95, turun berbanding 0.96 yang direkodkan kelmarin.

Empat negeri mencatatkan kadar yang lebih rendah manakala negeri-negeri lain melepasi angka 0.95.

Sarawak mendahului dengan 1.13 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.10, Terengganu dan Negeri Sembilan masing-masing 1.04, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.03 manakala Johor dan Perak masing-masing 1.02.

Selangor, Pulau Pinang dan Melaka masing-masing merekodkan 1.01, Pahang 0.98, dan Kedah 0.96.

Empat negeri lagi, Kelantan 0.92, Perlis 0.91, Wilayah Persekutuan Labuan 0.78 dan Sabah 0.67.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment