86 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 18 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 86 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 34,185 orang, daripada 3.9 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 35 daripada kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 296,799 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 286,599 individu atau 96.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,971 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,856 kes dirawat di hospital, 373 di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 148 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 225 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment