27,004 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 18 Mac – Sebanyak 27,004 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam Khamis, berbanding 28,298 kes kelmarin menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,927,437 kes.

Daripada jumlah itu, 26,285 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 719 adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada jumlah keseluruhan kes baharu, kategori 1: 11,163 kes (41.34%); kategori 2: 15,642 kes (57.92%); kategori 3: 63 kes (0.23%); kategori 4: 72 kes (0.27%) dan kategori 5: 64 kes (0.24%).

Daripada 199 kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5, 51 kes (25.63%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 82 kes (41.21%) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak, 66 kes (33.17%) telah menerima dos penggalak, 95 kes (47.74%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 105 kes (52.76%) mempunyai komorbid.

Sebanyak 373 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 225 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah 29,450 kes.

Sembilan lagi kluster baharu direkodkan menjadikan 6,902 kluster di mana 340 kluster masih aktif manakala 6,562 kluster telah tamat.

Related posts

Leave a Comment