Pulau Pinang tunggu habis penggal

TANJONG 18 Mac – Pulau Pinang yang ditadbir DAP memutuskan mengadakan pilihan raya selepas tamat penggal penuh Julai tahun depan, kata Naib Pengerusi DAP Chow Kon Yeow.

Ketua Menteri itu berkata, negeri itu akan mengekalkan haknya dan tidak akan mengikut jika pilihan raya raya umum diadakan lebih awal.

“Kami tidak perlu ikut pilihan raya nasional kerana negeri boleh buat keputusan sendiri dan kami boleh pilih untuk adakan pilihan raya setelah penggal penuh berakhir.

Tambahan pula ia tidak menjadi duluan kerana ia telah berlaku sejak sekian lama sebelum ini di Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor dan Melaka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum CEO PKS 2022 di sini hari ini.

Sementara itu, Chow berkata Kongres Kebangsaan DAP ke-17 yang akan diadakan pada 20 Mac akan memberi tumpuan kepada dua isu utama — perubahan dalam barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) terutama jawatan Setiausaha Agung  dan 30 peratus wakil wanita dalam jawatankuasa kepemimpinan kebangsaan DAP. 

DAP berharap barisan kepemimpinan nasional yang baru akan dapat membawa parti ke hadapan dalam keadaan politik yang bergolak.

Related posts

Leave a Comment