Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 11 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam turun lagi kepada 1.04 berbanding 1.06 kelmarin dan 1.07 sebelumnya.

Enam negeri merekodkan kadar melebihi 1.04 didahului Sarawak dengan kadar tertinggi 1.37 berbanding 1.36 kelmarin.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.16, Terengganu 1.15, Perak 1.10,  Negeri Sembilan 1.07 dan Kedah 1.05.

Selangor pula menyamai kadar 1.04.

Ini diikuti Pahang 1.03, Pulau Pinang 1.03, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.02, Melaka 1.02, Perlis 1.00, Kelantan 0.98, Johor 0.97, Wilayah Persekutuan Labuan 0.86 dan Sabah 0.74.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment