Keputusan PRN seawal 8 malam

JOHOR BAHRU 11 Mac –  Keputusan awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka diumumkan seawal pukul 8 malam manakala keputusan rasmi dijangka diumumkan selepas pukul 10 malam. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, pengumuman keputusan awal dan rasmi itu tertakluk kepada keadaan semasa pada hari pengiraan undi, Sabtu. Sebanyak 1,021 pusat mengundi dan 4,638 saluran akan dibuka esok dengan seramai 49,290 petugas SPR mengendalikan proses pengundian. Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, dilaporkan berkata seramai 2,539,606 pengundi bakal mengundi  dan pihaknya berharap semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi. Jumlah…

Read More

15,345 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 11 Mac – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 13 kematian dan 15,345 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini Mereka terdiri daripada 15,130 jangkitan tempatan dan 215 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 917,103 serta 1,129 kematian. MoH memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 13,354 adalah kes  Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia melibatkan 139 kes import dan 13,215 jangkitan tempatan. Sebanyak 1,991 kes lagi disahkan menerusi ujian…

Read More

Bandar 9 juta penduduk dikuarantin

SHANGHAI: Bandar Changchun di timur laut China dengan kepadatan penduduk sembilan juta orang diarah melakukan kuarantin (lockdown) dalam usaha membendung wabak baharu Covid-19. Ibu kota wilayah Jilin dan pangkalan perindustrian penting itu mengarahkan penduduk bekerja dari rumah dan hanya seorang akan dibenarkan keluar setiap dua hari untuk membeli ‘keperluan harian’. Ujian besar-besaran juga akan diadakan ketika pihak berkuasa sedang berusaha untuk menghentikan wabak baharu Covid-19 yang mengakibatkan jumlah kes di seluruh negara mencapai tahap tertinggi dalam tempoh dua tahun. Selepas varian Omicron yang sangat mudah dijangkiti menembusi kubu pertahanan China,…

Read More

Shinzo Abe terima ijazah kehormat

KUALA LUMPUR 11 Mac –  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, di Istana Negara petang ini. Pada pertemuan tersebut, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dalam Politik Ekonomi kepada Abe yang juga Utusan Khas Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida. Anugerah itu sempena Majlis Konvokesyen ke-36 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dijadualkan berlangsung esok. Upacara penganugerahan itu turut dihadiri Menteri Luar, Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Presiden UIAM, Dr Mohd…

Read More

Thailand rekod 63 kematian

BANGKOK 11 Mac – Thailand merekodkan 63 lagi kematian dan 24,792 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 23,512 orang meninggal dunia dan 3,136,649 kes jangkitan. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, angka hari ini menunjukkan pengurangan kes meninggal dunia berbanding 74 semalam dan peningkatan kes berbanding 22,984 semalam. Jumlah kes baharu itu bagaimanapun tidak termasuk 21,626 kes positif melalui ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 46,418 kes. Terdapat 24,554 kes baharu dalam kalangan penduduk awam, 158 dalam kalangan penghuni penjara dan 80 kes…

Read More

PN belum namakan calon MB Johor

PAGOH 11 Mac – Perikatan Nasional (PN) menafikan kononnya calon kerusi Dewan  Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi sudah dinamakan sebagai bakal menteri besar sekiranya parti itu diberi mandat rakyat, 12 Mac ini. Pengerusinya, Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, gabungan itu belum membuat sebarang pengumuman nama calon yang bakal diangkat dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai taktik busuk oleh pihak tertentu. “Ini taktik orang jahat dengan niat untuk fitnah dan saya (pernah) difitnah bahawa saya nak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi calon Perdana Menteri. Apa cerita itu ?, dan…

Read More

Pengundi Johor pilih apa, siapa?

SIAPA pilihan 2,539,606 pengundi Johor esok, 12 Mac 2022? Parti apa pula yang akan menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kali ini? Adakah kerajaan negeri yang bakal terbentuk mempunyai mandat majoriti dua pertiga? Semuanya akan terjawab malam esok selepas proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 berakhir pukul 6 petang esok. PRN kedua selepas Melaka sebelum penggal DUN berakhir pada masa yang ditetapkan secara tidak langsung memberi gambaran sejauh mana persediaan parti-parti politik dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kempen PRN Johor nampak lebih terbuka berbanding PRN…

Read More

Brunei catat 2,914 kes baharu

BERAKAS 11 Mac – Brunei Darussalam merekodkan tiga lagi individu meninggal dunia, dua daripadanya dikaitkan dengan jangkitan Covid-19 sementara satu lagi tidak berkaitan, kata Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar. Bercakap pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di sini hari ini, beliau berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 77 orang. Katanya, terdapat 15 kes kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan sembilan kes Kategori 5, memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif. Beliau memberitahu sebanyak 2,914 kes baharu dilaporkan hari…

Read More

91.1 peratus remaja lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 11 Mac – Sebanyak 1,728 remaja tampil mendapatkan vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,834,807 individu atau 91.1 peratus daripada populasi berusia 12 hingga 17 tahun itu sudah melengkapkan vaksinasi. Daripada jumlah kehadiran semalam, 887 melengkapkan vaksinasi mereka manakala 841 mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah keseluruhan 2,934,891 atau 94.3 peratus daripada kumpulan itu. Menurut data laman web COVIDNOW, sebanyak 1,097,425 individu atau 30.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima dos pertama vaksin Covid -19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Sementara itu, bagi populasi…

Read More