SEPANG 25 Jun – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoal kenapa tindakan beliau mencadangkan nama anaknya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor menjadi satu kesalahan.
Menjawab pendedahan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai punca Mohd Puad keluar UMNO, bekas Speaker DUN Johor itu bertanya adakah menjadi kesalahan apabila nama anaknya dicadangkan.
“Mengenai anak saya, salahkah kalau saya mencadangkannya? Kenapa itu jadi isu? Kalau tidak boleh, kenapa anak perempuan Ketua Bahagian Ledang boleh bertanding di Serom.
“Tidak salah mencadangkan anak yang terlatih sebagai calon. Ali melatih anak perempuannya menjadi peninju. Sudah tentu anak itu dibawa masuk gelanggang setelah dia cukup bersedia untuk bertempur,” katanya menerusi Facebook.
Asyraf Wajdi sebelum itu mendakwa, tindakan Mohd Puad keluar parti adalah kerana tidak puas hati anaknya tidak menjadi calon dan bukan disebabkan UMNO Johor tidak bebas dan terikat dengan pihak tertentu.
Bagaimanapun dalam reaksi balasnya, Mohd Puad menafikan dakwaan itu sebaliknya menegaskan keputusan itu dibuat beliau sebagai protes kepada sistem pemilihan calon yang diamalkan Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu, beliau menggesa Asyraf Wajdi mendedahkan mengenai beberapa isu berbangkit dengan pemilihan calon BN untuk PRN Johor.
“Kenapa Pn Alwiyah Talib bekas ADUN Endau dari parti Bersatu (dua penggal) umum keluar Bersatu kemudian masuk balık UMNO, tiba tiba tak sampai sebulan, dipilih sebagai calon BN DUN Endau.
Itu angkara siapa? Alwiyah umur 64 tahun. Kenapa korbankan Ketua Puteri Johor yang juga Ketua Puteri Mersing. Apakah Ketua Pemuda Mersing juga tidak layak. Kenapa BN tolak calon anak muda. Hebatkah si Alwiyah itu?
Itu juga yang berlaku kepada Sdr Azizul Bachok bekas ADUN Tiram. Dia orang muda. Dia baru sepenggal jadi YB. Di saat terakhir dia digugur dan diganti oleh YB Senator Halim Sulaiman yang berumur 64 tahun. Tidakkah itu kronisme
Maka sistem pilih calon itu yang saya protes. Apabila tidak dilayan, apa lagi pilihan yang saya ada? Parti jadi milik eksklusif. Sebab itu saya melakukan kamikaze untuk sedarkan pemimpin,” katanya.
Beliau akan mengulas isu calon ini di posting lain dalam sehari dua ini di samping akan mendedahkan juga ramai anak-isteri pemimpin UMNO di Ibu Pejabat mendapat jawatan dalam GLC. Bab calon ini biarkah saya ulas di posting lain sehari dua ini.
Ramai anak-isteri pemimpin UMNO di Ibu Pejabat dapat jawatan dalam GLC. Ini pun akan didedahkan dalam posting berasingan.
Foto Dari kiri Alwiyah, Azizul Bachok, Halim Sulaiman dan Mohd Puad
