Kadar kebolehjangkitan naik

PUTRAJAYA 8 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini semalam naik kepada 1.07 selepas kekal pada kadar 1.05 selama tiga hari berturut-turut.

Sepuluh negeri merekodkan kadar di bawah 1.07 manakala yang lain mengatasi kadar kebangsaan.

Sarawak terus mendahului dengan kadar 1.36 berbanding 1.31 kelmarin diikutiĀ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.26, Terengganu 1.17, Perak 1.16, Negeri Sembilan 1.11 dan Selangor 1.08.

Kedah, Pahang dan Melaka masing-masing merekodkan 1.05, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.04, Pulau Pinang 1.03, dan Perlis 1.01.

Ini diikuti Kelantan dengan 0.98, Johor 0.96, Wilayah Persekutuan Labuan 0.95 dan Sabah 0.79.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment