Dunia catat 18 juta kes positif

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia setakat tengah hari ini, 3 Ogos 2020 meningkat kepada 18 juta  dengan kematian mencecah 688,369 dan kes sembuh pula sebanyak 10,649,111.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 4,667,930 kes dan 154,859  kematian.

Satu laporan yang diterbitkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS mendedahkan, lebih 20,000 rakyat AS dijangka terkorban akibat Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lagi.

Jumlah kedua kes tertinggi dicatatkan oleh Brazil dengan 2,733,677 serta 94,104 kematian diikuti India yang merekodkan 1,750,723 kes dengan 37,364 kematian.

Rusia di tempat keempat dengan 849,277 kes diikuti Afrika Selatan 511,485, Mexico 439,046 dan Peru 422,183.

Empat buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 359,731, Colombia 317,651, Iran 309,437 dan United Kingdom 306,319.

Sementara itu, sembilan negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Sepanyol 288,522, Pakistan 279,699, Arab Saudi 278,835, Itali 248,070, Bangladesh 240,746, Turki 232,856, Perancis 225,198, Jerman 211,220 dan Argentina 201,919.

Iraq pula merekodkan 129,151 kes, Kanada 118,768, Indonesia 111,455, Qatar 111,107 dan Filipina 103,185 sementara Mesir 94,483, Kazakhstan 92,662 Kazakhstan dan China negara bermulanya wabak mencatatkan 87,985.

Bagi kes kematian pula, Mexico berada di tangga ketiga dengan 47,746 diikuti United Kingdom 46,286, India 37,364, Itali 35,154, Perancis 30,268,  Sepanyol 28,445, Peru 19,408, Iran 17,190, Rusia 14,104 dan Colombia 10,650.

Sementara itu Brazil mendahului kes pulih dengan 2,062,876 kes diikuti AS 1,468,689, India 1,145,629, Rusia 648,961, Afrika Selatan 347,227, Afrika Selatan 342,527, Chile 332,411, Peru 294,187, Iran 268,102 dan Pakistan 248,577.

Arab Saudi pula mencatatkan kes sembuh sebanyak 240,081, Turki 216,494, Itali 200,460, Jerman 192,908, Colombia 167,239 dan Sepanyol 150,376.

Related posts

Leave a Comment