Sarawak tangguh ibadah korban

KUCHING 16 Jun – Majlis Islam Sarawak memutuskan penangguhan pelaksanaan ibadat korban bagi tahun 1442H/2021M bagi mengelak kemudaratan kesan daripada pandemik Covid-19 yang masih kritikal di Sarawak.

Menurut Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU, Dr Abdul Rahman Junaidi, penangguhan itu berdasarkan keputusan Lembaga Fatwa Sarawak yang bersidang semalam.

“Majlis Islam Sarawak amat menghargai peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini tentang tuntutan melaksanakan ibadah korban,” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, MIS tidak menghalang mana-mana umat Islam yang mahu melakukan ibadat korban di luar negara terutama melibatkan negara-negara Islam.

Related posts

Leave a Comment