952,411 kanak-kanak ambil vaksin

PUTRAJAYA 4 Mac – Sebanyak 21,918 lagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun tampil mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 semalam menjadikan jumlah penerima 952,411 orang atau 26.8 peratus daripada populasi kumpulan itu.

Menurut data di laman web COVIDNOW, jumlah penerima dos penggalak juga meningkat kepada 14,884,826 individu atau 63.3 peratus populasi dewasa  selepas 71,281 lagi menerima suntikan semalam.

Bagi populasi dewasa juga, setakat ini 22,952,385 atau 97.6 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,232,115 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,802,856 individu atau 90.1 peratus daripada populasi itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,899,581 atau 93.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam 1,111 lagi remaja mendapat dos pertama dan 566 lagi dos kedua.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 96,621 dos vaksin diberikan meliputi 23,871 dos pertama, 1,469 dos kedua dan 71,281 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,516,578.

Related posts

Leave a Comment