Kadar kebolehjangkitan 1.01

PUTRAJAYA 4 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini naik semula senalam kepada 1.01 berbanding 1.00 kelmarin.

Dua negeri bagaimanapun mencatatkan kadar di bawah 1.01 iaitu Johor 0.95 dan Sabah 0.94.

Sarawak mendahului dengan 1.43 diikuti Perak 1.29, Terengganu 1.19, Negeri Sembilan 1.16, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.15, Pahang 1.13, Perlis 1.11, Selangor dan Pulau Pinang masing-masing 1.09.

Wilayah Persekutuan Labuan pula merekodkan 1.05, Kedah 1.04, Melaka 1.04, Kelantan 1.03 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.02.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment