SEPANG 26 Mei – Kenyataan Biro Politik Bersatu Pusat terhadap Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan adalah tidak tepat mengelirukan serta jelas berniat serong bertujuan mencemarkan kredibiliti parti itu. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, menegaskan tuduhan kononnya Pas tidak memberikan sebarang maklum balas sepanjang krisis berlaku adalah satu fitnah yang tidak berasas sama sekali. Beliau berkata, Pas masih menyimpan rekod komunikasi terperinci antara Setiausaha Agung Pas dengan Setiausaha Agung Bersatu, malah parti itu bersedia untuk mendedahkannya dalam platform yang lebih sesuai. Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendedahkan hakikat yang tidak…
Read MoreDay: May 26, 2026
Amirudin, Saifuddin ganti Nurul Izzah
PETALING JAYA 26 Mei – Naib Presiden PKR, Amirudin Shari dan Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai pengarah pilihan raya bersama bagi menggantikan Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar. Bagaimanapun dalam fasa seterusnya, Nurul Izzah akan terus memainkan peranan strategik dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan keupayaan jentera pilihan raya PKR serta aliran kerja. Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh dalam satu kenyataan berkata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan, Azman Abidin dilantik sebagai Pengarah Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya (war room). Azman akan dibantu bekas calon Pakatan Harapan (PH)…
Read MoreNasihat Sultan dorong MB minta maaf
KUALA LUMPUR 26 Mei – Nasihat daripada institusi diraja Johor telah mendorong Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi, memohon maaf secara peribadi kepada Dr Ahmad Zahid Hamidi, selepas beliau sebelum itu menggesa Presiden UMNO itu berundur susulan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau berkata, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, telah menasihati secara peribadi bahawa kenyataannya itu keterlaluan dan langkah terbaik adalah untuk memperbaiki keadaan. “Mereka beritahu saya tidak mengapa untuk memohon maaf dan pergi berjumpa presiden saya. Kita ada…
Read MoreBerita pilihan…
Ditahan bawa jemaah tanpa permit
MINA – Pasukan Keselamatan Haji yang ditempatkan di pintu masuk ke Makkah menahan seorang ekspatriat dan tujuh rakyat tempatan kerana melanggar peraturan haji dengan membawa 18 individu tanpa permit sah. Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengenakan denda sehingga SAR100,000 terhadap pihak yang membawa jemaah tanpa permit dan semua individu yang terbabit dalam pelanggaran itu. Denda sehingga SAR20,000 turut dikenakan terhadap individu yang dibawa kerana cuba menunaikan haji tanpa permit. Ekspatriat yang melanggar peraturan itu akan dihantar pulang dan dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun selepas selesai menjalani hukuman. Kementerian…
Read More1.51 juta tunai haji tahun ini
MAKKAH – Sebanyak 1.51 juta jemaah haji dari luar negara berhimpun di Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini, meningkat sekitar 11,000 berbanding tahun sebelumnya. Jumlah itu dicatatkan walaupun terdapat kebimbangan berkaitan kemungkinan konflik melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran kembali memuncak. Sebelum gencatan senjata dilaksanakan bulan lalu, Iran melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu dan dron ke atas Arab Saudi serta negara Teluk lain sebagai tindak balas terhadap serangan udara oleh AS dan Israel. Sebagai langkah keselamatan, Kementerian Pertahanan Arab Saudi turut menayangkan sistem pertahanan udara di…
Read More