25,854 kes baharu Malaysia

PUTRAJAYA 2 Mac – Sebanyak 25,854 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam (1 Mac) menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,468,590, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 25,406 membabitkan kes tempatan dan 448 kes import.

Sebanyak 99.41 peratus bersamaan 25,702 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan,152 kes atau 0.59 peratus adalah kategori 3,4 dan 5.

Daripada jumlah itu, 25 kes (16.45%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, manakala 89 kes (58.55%) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

Sebanyak 38 kes (25%) pula telah menerima dos penggalak (booster), 65 kes (42.76%) berumur 60 tahun dan ke atas, 51 kes (33.55%) mempunyai komorbid, manakala 1 kes (0.66%) kes adalah ibu mengandung.

Sebanyak 374 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU), dan daripada jumlah itu 213 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 25,548 kes dan, tujuh lagi kluster baharu direkodkan, dengan 475 kluster masih aktif.

Related posts

Leave a Comment