Kadar kebolehjangkitan 1.02

PUTRAJAYA 2 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun kepada 1.02 semalam berbanding 1.03  kelmarin.

Hanya dua negeri berada di bawah kadar 1.02 iaitu Sabah 1.00 dan Johor 0.97.

Sarawak mencatatkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain dengan kadar 1.37 berbanding 1.22 kelmarin.

Ini diikuti Perak 1.28, Terengganu 1.18, Negeri Sembilan 1.18, Perlis 1.16 manakala Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan dan Pahang masing-masing merekodkan 1.12.

Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.11,

dikuti Kedah 1.07, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.06, Kelantan 1.05 dan Melaka 1.03.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment