Kadar kebolehjangkitan 1.11

PUTRAJAYA 26 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun kepada kadar 1.11 semalam selepas dua hari berturut-turut berada pada 1.13.

Perak mencatatkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain dengan catatan 1.38 dan Wilayah Persekutuan Labuan 1.36.

Ini diikuti Terengganu 1.27, Sarawak 1.26, Perlis 1.24, Pulau Pinang 1.21 manakala Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 1.20, Selangor 1.19, Sabah dan Kedah masing-masing 1.15 dan Kelantan 1.14.

Tiga negeri di bawah kadar 1.13 adalah Johor 1.06, Melaka 1.05 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.02.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Melaka 1.12, Johor 1.11 dan Putrajaya 1.09.

Related posts

Leave a Comment