7 negeri guna ICU lebih 50 peratus

PUTRAJAYA 26 Nov. – Tujuh negeri mencatat penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit Covid-19, melebihi 50 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Kelantan mendahului dengan mencecah 92 peratus, diikuti Johor dengan 61 peratus, Perlis (55 peratus), Perak (53 peratus) dan masing-masing 50 peratus di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Melaka.

Bagi katil bukan ICU, lima negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus iaitu di Selangor (107 peratus), Kelantan (97 peratus), Putrajaya (93 peratus), Kuala Lumpur (90 peratus) dan Perak (89 peratus).

Negeri yang merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus adalah Perlis dengan 75 peratus, Johor (70 peratus), Pahang (67 peratus), Sabah (67 peratus), Terengganu (61 peratus) dan masing-masing 59 peratus di Sarawak serta Pulau Pinang.

Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham berkata, dua negeri iaitu Melaka dan Selangor menunjukkan pengisian lebih 50 peratus bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Beliau berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula berkurangan kepada 196 pesakit dan peratusan penggunaan bantuan itu adalah 37 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment