708,187 kanak-kanak terima vaksin

PUTRAJAYA 25 Feb. – Sebanyak 708,187 individu atau 19.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Sebanyak 45,596 lagi kanak-kanak tampil semalam bagi mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) itu.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,365,114 individu atau 61.1 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak.

Bagi kumpulan yang sama, seramai 22,946,836 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,226,005 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,799,784 orang atau 90 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,891,056 atau 92.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 137,197 dos vaksin diberikan meliputi 47,994 dos pertama, 956 dos kedua dan 88,247 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 66,729,880.

Related posts

Leave a Comment