46 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 25 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 46 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 32,534 orang, daripada 3.31 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, 17 daripada 46 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 286,521 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 273,799 individu atau 95.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,356 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,039 dirawat di hospital dan 327 di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 126 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 201 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment