Kadar kebolehjangkitan kekal 1.13

PUTRAJAYA 25 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini kekal pada kadar  1.13 semalam, sama seperti hari sebelumnya.

Wilayah Persekutuan Labuan masih mengekalkan kadar Rt paling tinggi berbanding negeri-negeri lain dengan catatan 1.40 berbanding 1.44 sebelumnya.

Ini diikuti Perak 1.36, Terengganu 1.28, Sarawak 1.27, Perlis dan Negeri Sembilan masing-masing 1.25, Pulau Pinang 1.24, Pahang 1.23, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor  masing-masing 1.21.Sabah 1.18, Kelantan 1.17 dan Kedah 1.16.

Tiga lagi negeri mencatatkan kadar di bawah 1.13 iaitu Melaka 1.11, Johor 1.09, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.04.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment