Kadar kebolehjangkitan 1.15

PUTRAJAYA 23 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun kepada 1.15 semalam berbanding 1.16 pada hari sebelumnya.

Kadar Rt paling tinggi pula dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.42 berbanding 1.49 kelmarin diikuti Sarawak 1.35, Terengganu 1.29,  Pulau Pinang dan Perlis masing-masing 1.27.

Sabah dan Pahang masing-masing dengan kadar 1.26, Negeri Sembilan 1.25, Kelantan 1.23, manakala Kedah, Perak dan Selangor masing-masing 1.21, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.16, dan Johor 1.15.

Dua negeri yang merekodkan kadar di bawah 1.15 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.13 dan Melaka 1.11.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment