PUTRAJAYA 22 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi kepada 1.16 semalam berbanding 1.19 pada hari sebelumnya.
Kadar Rt paling tinggi pula dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.49 berbanding 1.60 kelmarin diikuti Sarawak 1.35, Sabah 1.31, Terengganu 1.28 dan Pulau Pinang 1.27.
Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan masing-masing dengan kadar 1.26, disusuli Perlis dan Selangor masing-masing 1.25, Kedah 1.23, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor masing-masing 1.19, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.16.
Dua negeri di bawah kadar 1.16 adalah Perak 1.12 dan Melaka 1.11.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
