PN bukan milik mana-mana parti

SEPANG 11 Jun – Perikatan Nasional (PN) bukan milik mutlak mana-mana parti secara mutlak sebaliknya gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti yang mengasaskannya.

Pengerusi PN, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Pas juga antara parti pengasas gabungan itu dan beliau antara penandatangan rasmi penubuhan PN.

“Saya menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) bukan milik mana-mana parti secara mutlak. PN adalah gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Justeru, Menteri Besar Terengganu itu menjelaskan, sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak.

“Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan,” katanya.

Beliau berkata, keutamaannya kini ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara.

Sebelum ini timbul spekulasi berkemungkinan Pas keluar atau dikeluarkan daripada PN selepas membuat keputusan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu yang juga parti politik bernaung di bawah gabungan itu.

Isnin lalu, Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu secara rasmi menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua pihak.

Berikutan keputusan itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam kenyataan semalam memaklumkan Bersatu sebagai parti pengasas PN akan terus kekal dalam gabungan berkenaan dan memperkukuh teras perjuangannya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment