925 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 16 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini merekodkan 925 kes baharu termasuk satu kes import.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar pada sidang media petang ini berkata, dengan pertambahan kes itu,  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Brunei Darussalam meningkat kepada 25,584 orang.

Katanya kesemua kes baharu itu adalah hasil daripada 5,336 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. 

Sebanyak 424 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 17,970 manakala jumlah kes aktif pula meningkat kepada 7,512.

Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, empat kes dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi, manakala dua kes dalam Kategori 5.

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ pula adalah sebanyak 15.4 peratus manakala terdapat 109 kluster aktif.

Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, setakat 15 Februari 2022, kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.9 peratus, dua dos 94.1 peratus dan tiga dos 48.1 peratus.

Related posts

Leave a Comment