Kes harian tertinggi Malaysia

PUTRAJAYA 16 Feb. – Kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 27,831 kes baharu dilaporkan, setakat tengah hari ini, angka tertinggi sejak pandemik bermula.

Mengikut catatan rekod, kali terakhir Malaysia mencatat kes tertinggi ialah pada 26 Ogos lalu, dengan 24,599 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes baharu itu menjadikan sehingga kini 3,111,514 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Beliau memberitahu, sebanyak 72.32 peratus atau 20,128 kes adalah pesakit dalam kategori dua atau bergejala ringan

Selain itu 27.33 peratus atau 7,606 kes pula adalah pesakit dalam kategori satu iaitu bergejala ringan, diikuti kategori tiga (59), kategori empat (28) dan kategori lima (10).

Related posts

Leave a Comment