Kes harian tertinggi di Indonesia

JAKARTA 16 Feb. – Indonesia merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi sejak pandemik bermula Mac 2020 apabila mencatatkan 64,718 kes pada Rabu yang meliputi 63.766 kes tempatan dan 952 kes import. Dengan perkembangan ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 4,966,046 dengan Untuk rekod, kes harian tertinggi bagi perjalanan q, pasien terkonfirmasi positif (RT-PCR/TCM dan rapid antigen), hari ini bertambah sebanyak 64.718 kes terdiri 63.766 kasus transmisi lokal dan PPLN 952 kasus. Sehingga angka kumulatifnya, atau jumlah pesakit terkonfirmasi positif yang tercatat sejak kasus pertama hingga…

Read More

Korea Selatan, Jepun catat kes tinggi

KOREA Selatan dan Jepun hari ini merekodkan angka harian kes Covid-19 yang tinggi berikutan penularan varian Omicron. Di Korea Selatan, kes melonjak kepada lebih 90,000, manakala di Jepun 84,220 kes baharu yang dianggap turun tetapi merekodkan kematian tertinggi. Perdana Menteri, Kim Boo Kyum, yang meminta maaf kepada rakyat yang telah bekerjasama, berkata, kerajaan telah menyediakan keperluan katil hospital dengan lebih awal dan memperluas rawatan di rumah. “Justeru, sistem tindak balas perubatan kita tidak menghadapi masalah, setakat ini,” kata Boo Kyum dalam laporan media. Menurut pihak berkuasa, sebanyak 90,443 jangkitan baharu…

Read More

Arab Saudi terus catat penurunan

RIYADH 16 Feb. – Jumlah kes baharu Covid-19 di Arab Saudi terus mencatatkan penurunan di bawah 2,000 kes dengan merekodkan 1,793 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 1,982 semalam. Dalam tempoh yang sama, dua lagi dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi virus berkenaan berbanding satu kematian semalam. Dengan perkembangan ini,  jumlah jangkitan yang dilaporkan di Arab Saudi setakat ini meningkat kepada 734,389, manakala kematian akibat Covid-19 pula sebanyak 8,977 orang. Seramai 3,207 pesakit dilaporkan pulih dalam tempoh yang sama, membawa jumlah pesakit sembuh sebanyak 702,049 orang. Dalam kalangan kes aktif pula,…

Read More

Kes harian tertinggi Malaysia

PUTRAJAYA 16 Feb. – Kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 27,831 kes baharu dilaporkan, setakat tengah hari ini, angka tertinggi sejak pandemik bermula. Mengikut catatan rekod, kali terakhir Malaysia mencatat kes tertinggi ialah pada 26 Ogos lalu, dengan 24,599 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes baharu itu menjadikan sehingga kini 3,111,514 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Beliau memberitahu, sebanyak 72.32 peratus atau 20,128 kes adalah pesakit dalam kategori dua atau bergejala ringan Selain itu 27.33 peratus atau 7,606 kes pula adalah…

Read More

925 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 16 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini merekodkan 925 kes baharu termasuk satu kes import. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar pada sidang media petang ini berkata, dengan pertambahan kes itu,  jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Brunei Darussalam meningkat kepada 25,584 orang. Katanya kesemua kes baharu itu adalah hasil daripada 5,336 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.  Sebanyak 424 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 17,970 manakala jumlah kes aktif pula meningkat kepada 7,512.…

Read More

Peningkatan kes baharu Filipina

MANILA 16 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,671 pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini yang merupakan peningkatan kes berbanding 2,010 yang direkodkan semalam. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 77 lagi kematian dilaporkan, juga angka yang meningkat berbanding 52 kes dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Filipina meningkat kepada 3,644,597 manakala jumlah yang meninggal dunia pula adalah sebanyak 55,223 orang. Sebanyak 6,130 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 3,520,545 orang atau 96.6 peratus daripada keseluruhan kes yang…

Read More

Logo Hari Kebangsaan Brunei

LOGO Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38, pada 23 Februari ini adalah hasil karya Awangku Mohammad Hazeq Pengiran Abdul Aziz. Beliau dipilih memenangi Pertandingan Mencipta Logo Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38, Tahun 2022. Logo ini berbentuk sekuntum bunga yang menandakan semangat kebangsaan, bersatu padu dan bekerjasama dalam kalangan rakyat dan penduduk ke arah menanai pembangunan negara bangsa. Negara Brunei Darussalam akan kekal sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, mempunyai rakyat yang sentiasa mendukung kedaulatannya serta berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja.…

Read More

93 peratus tidak alami gejala serius

PUTRAJAYA 16 Feb. – Sebanyak 93 peratus individu yang mendapatkan vaksinasi masing-masing dilaporkan tidak mengalami gejala serius atau Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI). Secara keseluruhannya, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerima 24,990 laporan AEFI termasuk 1,104 membabitkan dos penggalak dan lapan laporan bagi penerima vaksin golongan kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun. Menurut Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Roshayati Mohamad Sani, kesan AEFI paling kerap dilaporkan ialah demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan. Katanya, kesan dinyatakan itu biasanya akan pulih dalam…

Read More

13,486,823 ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 16 Feb. – Sebanyak 110,745 dos penggalak diberikan sepanjang tempoh semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 13,486,823 atau 57.3 peratus populasi dewasa dalam negara sudah menerima dos ketiga itu. Berdasarkan data laman web COVIDNOW, 22,939,377 individu atau 97.5 peratus lagi daripada populasi dewasa sudah lengkap vaksinasi, manakala 98.7 peratus atau 23,216,096 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. Setakat semalam juga, sejumlah 246,869 atau tujuh peratus populasi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun sudah mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids). Bagi remaja berusia 12 hingga…

Read More