Peningkatan kes baharu Filipina

MANILA 16 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,671 pertambahan kes baharu Covid-19 hari ini yang merupakan peningkatan kes berbanding 2,010 yang direkodkan semalam.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 77 lagi kematian dilaporkan, juga angka yang meningkat berbanding 52 kes dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini di Filipina meningkat kepada 3,644,597 manakala jumlah yang meninggal dunia pula adalah sebanyak 55,223 orang.

Sebanyak 6,130 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 3,520,545 orang atau 96.6 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

Terdapat 68,829 kes aktif dikesan hari ini yang menunjukkan penurunan berbanding 72,305 yang direkodkan semalam.

Sementara itu DoH menjelaskan daripada 2,671 kes yang dilaporkan hari ini, 2,610 (98%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (3 Februari – 16 Februari 2022).

Manakala daripada 77 kematian, 32 berlaku pada Februari 2022 (42%), 16 pada Januari 2022 (21%), 6 pada Disember 2021 (8%), 9 pada November 2021 (12%), 5 pada Oktober 2021 (6%), 3 pada September 2021 (4%), 5 pada Ogos 2021 (6%), dan 1 pada Mei 2021 (1%) .

Related posts

Leave a Comment