34,110 lagi kanak-kanak dapat vaksin

PUTRAJAYA 14 Feb. – Sebanyak 34,110 dos diberikan kepada kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 169,710 atau 4.8 peratus daripada populasi ini.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, jumlah mereka yang menerima dos penggalak pula meningkat kepada 13,258,893 orang berikutan 82,785 lagi mendapat suntikan itu semalam.

Bagi populasi dewasa, setakat semalam sejumlah 22,936,644 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka (bertambah 434 orang) manakala 98.7 peratus atau 23,212,859 (bertambah 598) mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 215 lagi remaja melengkapkan vaksinasi mereka semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,795,507 atau 89.8 peratus populasi remaja manakala 92.3 peratus atau 2,874,510 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, bagi populasi keseluruhan, sebanyak 78.8 peratus atau 25,732,151 telah melengkapkan vaksinasi manakala 80.4 peratus atau 26,257,079 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sebanyak 118,875 dos diberikan menjadikan jumlah keseluruhan  65,042,686 dos diberikan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Related posts

Leave a Comment