Kadar kebolehjangkitan 1.43

PUTRAJAYA 14 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara turun kepada 1.43 berbanding 1.49 pada hari sebelumnya.

Empat negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan itu dengan Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.90 berbanding 2.14 pada hari sebelumnya.

Ini diikuti Sarawak dengan 1.61, Sabah 1.60 dan Pulau Pinang 1.44 manakala Perlis merekodkan 1.43.

Negeri yang merekodkan kadar di bawah 1.43 adalah Pahang 1.39, Selangor 1.37, Johor 1.35, Kelantan 1.35, Kedah 1.35, Terengganu 1.34, Negeri Sembilan 1.34, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.30,

Ini diikuti Perak 1.27, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.22 dan Melaka 1.19.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment