Kebakaran hutan, 350,000 pindah

BORDEAUX – Lebih 350,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka selepas kebakaran hutan terbesar melanda Perancis dan Sepanyol sejak semalam, antara yang terburuk pernah berlaku di kedua-dua negara ketika tempoh aman. Kebakaran besar yang berlarutan beberapa hari dilaporkan di barat daya Perancis dan tengah Sepanyol berhampiran Madrid. Jurucakap Persekutuan Bomba Kebangsaan Perancis (FNSPF), Eric Brocardi, berkata kebakaran itu mencetuskan fenomena luar biasa dikenali sebagai ‘pyrocumulonimbus’, iaitu api besar yang mampu menghasilkan angin sendiri serta kilat yang boleh mencetuskan kebakaran baharu. Presiden Perancis, Emmanuel Macron, memanggil mesyuarat Kabinet krisis pagi ini bagi…

Read More

Pasukan Penstabilan Antarabangsa ke Gaza

QUSRA – Kabinet Keselamatan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, meluluskan rangka kerja undang-undang bagi membolehkan pasukan antarabangsa memasuki Gaza yang ditempatkan di kawasan yang tidak berada di bawah kawalan Israel. Netanyahu dijadual berlepas ke Washington hari ini dan dijangka bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, esok. Menurut seorang pegawai Israel, misi dikenali sebagai Pasukan Penstabilan Antarabangsa akan membabitkan 200 anggota dari negara yang dianggap mesra Israel, termasuk Uganda dan Maghribi. Bagaimanapun, setiap kumpulan perlu mendapat kelulusan Israel sebelum dibenarkan memasuki Gaza dan tarikh penempatan mereka masih belum diumumkan. Sementara itu,…

Read More