50,062 kanak-kanak dapat dos pertama

PUTRAJAYA 9 Feb. – Sebanyak 50,062 atau 1.4 peratus daripada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah mendapat dos pertama vaksin Covid-19 termasuk 8,643 orang yang diberikan suntikan itu semalam.

Bagi populasi remaja (12 – 17 tahun), data di laman sesawang COVIDNOW menunjukkan 88.7 peratus atau2,792,830 telah mendapat dua dos manakala 91.2 peratus atau 2,870,546 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Di samping itu, sebanyak 98.0 peratus atau 22,931,979 populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.2 peratus atau 23,207,389 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan pula, sebanyak 78.8 peratus atau 25,724,809 telah melengkapkan dua dos suntikan manakala 80.0 peratus atau 26,127,997 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu 38.6 peratus atau 12,616,238 individu telah mendapatkan dos penggalak termasuk 140,381 yang direkodkan semalam.

Bagi vaksinasi harian, sebanyak 152,358 dos diberikan semalam meliputi 10,471 dos pertama, 1,506 dos kedua dan 140,381 dos penggalak.

Secara keseluruhan, setakat ini sebanyak 64,264,073 dos telah didaftarkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Related posts

Leave a Comment