Kadar kebolehjangkitan 1.39

PUTRAJAYA 9 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara adalah 1.39 berbanding pada hari sebelumnya 1.32.

Lima negeri mencatatkan nilai Rt tertinggi didahului Sarawak 1.68, diikuti Perlis 1.65, Sabah 1.59, Wilayah Persekutuan Labuan 1.51 dan Terengganu 1.40.

Negeri-negeri lain merekodkan kadar di bawah 1.39 iaitu Kedah 1.36, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.35 dan Pulau Pinang 1.34.

Ini diikuti Pahang 1.28, Johor 1.26, Selangor 1.25, Kelantan 1.24, Perak 1.24, Melaka 1.20, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.18 dan Negeri Sembilan 1.14.

Related posts

Leave a Comment