115 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 3 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 115 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,942 orang, daripada 3.47 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 36 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 321,036 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 309,069 individu atau 96.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,425 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,182 kes dirawat di hospital dan 360 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 166 memerlukan bantuan pernafasan dan 194 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment