Tujuh kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 2 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan tujuh kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31,985 orang, daripada 2.85 juta kes positif yang dikesan.

Menurut data di portal COVIDNOW, satu daripada tujuh kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 57,152 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 49,787 individu atau 87.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,211 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,041 kes dirawat di hospital dan 113 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 59 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment