12 juta dapatkan dos penggalak Covid-19

PUTRAJAYA 2 Feb. – Jumlah penerima dos penggalak kini mencecah 12,022,117 atau 36.8 peratus daripada penduduk dewasa selepas 28,185 lagi dos didaftar atau disuntik semalam.

Sepanjang semalam, sebanyak 288 dos kedua dberikan manakala 210 dos pertama disuntik menjadikan jumlah keseluruhan 28,683 dos diberikan.

Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 78.7 peratus atau 25,714,107 individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan dua dos manakala 79.8 peratus atau 26,070,129 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 97.9 peratus atau 22,925,383 melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.1 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam juga, 98 remaja melengkapkan vaksinasi mereka menjadikan jumlah keseluruhan 2,788,724 atau 88.6 peratus dan 41 lagi lagi mendapat sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah keseluruhan 2,867,902.

Setakat semalam sebanyak 63,601,771 diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Related posts

Leave a Comment