Ewon Benedick ketuai agenda “Sabah First”

KOTA KINABALU 14 Nov. – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Ewon Benedick mengetuai senarai 25 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 dengan komitmen memperjuangkan hak-hak negeri itu seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, yang dimenanginya pada PRN16.

Selain itu, UPKO turut meletakkan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau di DUN Tamparuli, yang dijangka berdepan beberapa saingan termasuk daripada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Manakala, Setiausaha Agungnya,  Nelson W Angang akan bertanding di kerusi DUN Limbahau.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau akan mengetuai pasukan calon parti itu untuk menjayakan agenda “Sabah First” serta memastikan setiap calon mempamerkan kepimpinan berprinsip dengan prestasi yang boleh diukur.

“Saya juga akan memimpin calon-calon UPKO ini menawarkan kepimpinan berprinsip dengan tanda aras serta petunjuk prestasi kepada setiap mereka agar sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, selain memperjuangkan pelaksanaan hak 40 peratus hasil yang sepatutnya dikembalikan kepada Sabah, UPKO mahu memastikan dana itu dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembangunan infrastruktur, membasmi kemiskinan serta memperkasa ekonomi serta keusahawanan rakyat.

Sebelum ini, UPKO telah memutuskan untuk keluar daripada PH, selepas empat tahun menjadi parti komponen gabungan tersebut.

Berikut senarai penuh calon UPKO:

1. Bengkoka: Junsim Rumunzing

2. Bandau: Suzie Salapan

3. Tandek: Jamil M Zakariah @ Majingkin

4. Kadamaian: Ewon Benedick

5. Tamparuli: Wilfred Madius Tangau

6. Kiulu: Joisin Romut

7. Inanam: Wong Thien Fook

8. Tanjung Aru: Dennison R Indang

9. Petagas: Lee Nyuk Soon @ Jason Lee

10. Tanjung Keramat: Rosday Wasli

11. Kapayan: Billy Joe Dominic

12. Moyog: Donald Peter Mojuntin

13. Limbahau: Nelson W Angang

14. Membakut: Rowindy Lawrence Odong

15. Kundasang: Rogers Tiam @ Aloysius

16. Karanaan: Georgina L George

17. Bingkor: Kennedy Jie John @ Kenn

18. Liawan: Wilson Gan Poi Tze

19. Melalap: Junik Bin Bajit

20. Tulid: Mohd Khairil Abdullah

21. Nabawan: Junilin @ Jubiliin Bin Kilan

22. Telupid: Felix Joseph Sitin

23. Labuk: Norfadzlina Binti Ramsah

24. Gum-Gum: Peter Jr Naintin

25. Kuamut: Mohina Sidom @ Mohina Ronnie Sidom

Related posts

Leave a Comment