Lima kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 30 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan lima kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,957 orang, daripada 2.84 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiga daripada lima kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 51,397 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 43,938 individu atau 85.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,392 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,948 kes di hospital dan 119 di unit rawatan rapi (ICU). Kes ICU membabitkan 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 69 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment